Saturday 28 December 2013

Bercuti Di Mutiara Motor Resort.

Alhamdulilla. Hujung tahun 2013 ni kami sempat berkumpul bersama keluarga bercuti bersama di samping mengeratkan hubungan. Yela. masing-masing dah ada keluarga sendiri, so nak berkumpul bukan mudah. Jadi kali ini kami pilih Mutiara Motor Resort. terletak di tanjung Sedili. Dalam 30minit dari bandar Kota Tinggi.

chalet yang di booking
Bilik kat Mutiara Motor Resort ni ada kurang 30 bilik kalau tak silap. Untuk elakkan sebarang masalah boleh booking dulu. receptionist dia oke, memang takde masalah la. Oleh kerana kami pon booking last minute so dapat chalet seberang jalan. Nak ke pantai kena melintas.. huhuhu

terpaksa melintas jalan. chalet ngadap pantai full booking

MUTIARA MOTOR RESORT

office resort

penyeri holiday kami :) 

tempat bbq di sediakan tapi berbayar. 

ada cafe. tapi tak bukak so better sesiap bawak makanan dari rumah je la

gambar dari tepian pantai



 makan berlatar belakangkan chalet
Kalau tengok gambar bawah ni pantai dia nampak tak best. Sebenarnya best kot cuma kami pagi time tengkujuh.. so ompak kuat, color air pon jadi warna coklat tu sebab tak nampak cantik. Untuk mandi waktu tengkujuh ni kat gigi air je la ye. Takot nanti ombak besar sampai dah kena tarik ke tengah laut pulak. Jadi sila jaga anak-anak ya..
memang kena jaga budak-budak ni. cepat je kaki dia melangkah ke pantai kalau kita tak jaga



bersiar-siar di tepi pantai. si kecik jalan dengan penuh gaya.. huhuhu

mak menakan yang setia jaga anak menakan.

katanya cari siput. tapi macam main pasir

umi paksa adik kira siput yang telah di cari ( mengajar anak tak kira kat mana pon )
taman permainan di sediakan . seronok la budak-budak


pakej bbq di sediakan sepenuhnya oleh " CHE MAT BBQ " .
memang terasa kesedapannya 


satay ni my mom yang buat . sedappppp
p/s : komen-komen membina sangat saya alu-alukan untuk menambahbaikkan lagi blog ini :)


2 comments:

  1. Nk tanya pakej che mat bbq tu? Dia anta ke?kalau kami order, pick up sendri. Kami bwk bekas sendri. tranfer jer... kami buat full payment masa ambik brg.

    ReplyDelete
  2. best juga gi family day ..ada sediakan khidmat bbq.

    ReplyDelete