Kaedah rahsia tarikh lahir ini dikatakan telah
wujud sejak berkurun-kurun tahun lalu. Kaedah numerologi ini telah diasaskan
oleh Pythagoras, seorang ahli Matematik sekitar 2600 tahun yang lalu.
Mari
kita semak cara pengiraan tarikh lahir Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas.
Mula-mula kita susun tarikh lahir Tun Dr. Mahathir Mohamad daripada 10 Julai
1925 kepada 10:07:1925 mengikut format AB:CD:EFGH, dan kita akan dapat
menjalankan pengiraan seperti di bawah:
AB:CD:EFGH
--> 10:07:1925
A=1,
B=0, oleh itu A+B= 10 --> I=1
C=0,
D=7, oleh itu C+D= 7 --> J=7
E=1,
F=9, oleh itu E+F=10 --> K=1
G=2,
H=5, oleh itu G+H=7 --> L=7
dan
seterusnya.
Berdasarkan
kiraan rahsia tarikh lahir Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas, maka kita dapati
Tun Dr. Mahathir memiliki nombor-nombor berikut:
Nombor
kod asas diwakili oleh huruf O = 7
HURAIAN
NOMBOR KOD ASAS:
Sifat
Peribadi Individu Nombor Kod Asas 1
Pro:
Mempunyai sifat seorang pemimpin, ada daya tarikan yang tinggi daripada jantina
yang berlainan, mempunyai kebijaksanaan yang tinggi, berupaya mengkaji dan
menganalisis sesuatu perkara dengan mendalam dan spesifik, seorang yang sukakan
ilmu pengetahuan dan memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi, seorang yang sangat
teliti dalam kebanyakan perkara, memiliki daya kreativiti yang sangat tinggi
dan kepekaan yang tinggi.
Cadangan:
Kepekaan dan kreativiti yang dimiliki hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya
kerana individu yang memiliki nombor kod asas 1 berpeluang besar memperolehi
keuntungan menerusi kreativiti dan kepekaan.
Kontra:
Pentingkan diri sendiri, tidak suka dikritik, susah untuk menerima pandangan
atau komen daripada orang lain.
Cadangan:
Individu dengan nombor kod asas 1 sesuai bekerja sendiri berbanding bekerja di
bawah majikan.
Selebriti
dan tokoh yang memiliki nombor kod asas 1 termasuklah Arsene Wenger, Tom Hanks
dan Hulk Hogan.
Sifat
Peribadi Individu Nombor Kod Asas 2
Pro:
Seorang yang berkemahiran tinggi dan memiliki personaliti yang menarik. Mudah
kelihatan tenang dan selamba dalam kebanyakan keadaan. Peramah. Sangat suka
menjaga kebersihan. Rajin. Berfikiran Matang. Baik hati, lembut hati dan suka
menjaga kebajikan dan keperluan orang lain. Mudah bergaul dengan golongan yang
lebih tua daripadanya. Apabila diberi tugasan, individu dengan nombor kod asas
2 akan berusaha untuk menyempurnakan tugas tersebut dengan sebaik mungkin. Suka
memberi sumbangan, berjasa dan berbakti kepada masyarakat. Boleh dianggap
sebagai seorang sahabat atau saudara.
Kontra:
Adakalanya kurang berkeyakinan untuk memulakan sesuatu perkara (kurang yakin
dengan kebolehan diri, sekiranya kurang maklumat tentang sesuatu perkara yang
hendak dilakukan) walaupun pada hakikatnya orang lain melihat dia sebagai
seorang yang sememangnya mampu untuk melakukannya. Mendengar nasihat tetapi
tidak semestinya mengikut nasihat tersebut (kelihatan seperti seorang yang
lurus tetapi sebenarnya degil). Lebih mengutamakan kepentingan orang lain
berbanding kepentingan diri sendiri dalam kebanyakan situasi. Suka berkorban
untuk orang lain sehingga boleh memudaratkan atau menyusahkan diri sendiri.
Contoh
selebriti yang memiliki nombor kod asas 2 ialah Adi Putra (kanak-kanak pintar
Malaysia).
Sifat
Peribadi Individu Nombor Kod Asas 3
Pro:
Dikatakan sebagai seorang individu yang serba boleh. Seorang yang idealistik,
aktif dan berpandangan jauh. Tahu dan faham keperluan diri. Mampu membezakan
antara perkara buruk dengan perkara baik. Berkebolehan dalam bidang yang
diceburi. Berpotensi untuk hidup mewah sekiranya berusaha bersungguh-sungguh.
Mudah menyatakan pandangan terhadap sesuatu perkara (suka memberi komen).
Kontra:
Bersikap terlalu agresif, bukan seorang yang penyabar dan boleh jadi seorang
yang mudah melenting atau panas baran. Suka mengambil mudah sesuatu perkara dan
tidak tegas. Boleh jadi seorang yang nakal dan bermulut laser. Perlu
berhati-hati dengan perkataan yang digunakan semasa bercakap kerana individu
dengan nombor kod asas 3 boleh menyakiti hati orang lain dan seterusnya
merenggangkan perhubungan dengan orang lain.
Selebriti
yang mempunyai nombor 3 termasuklah Wayne Rooney, Christiano Ronaldo dan Datuk
Seri Anwar Ibrahim.
Rahsia
Peribadi Individu Nombor Kod Asas 4
Pro:
Suka mempelajari sesuatu perkara, bekerja dengan tekun, tabah dan memiliki strategi
dalam melakukan satu-satu perkara. Memiliki jiwa seni dan biasanya boleh
berjaya dalam peperiksaan. Seseorang yang boleh dipercayai dan boleh
menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dengan orang lain dan
memiliki karisma. Peramah. Suka mengembara dan mencari kebahagiaan dalam hidup.
Apabila gagal, akan mudah bangkit semula.
Kontra:
Suka memendamkan perasaan. Tidak mudah meluahkan rasa tidak puas hati dalam
sesuatu perkara. Terlalu mengutamakan perkara-perkara remeh dan berfikiran
sempit, tidak berpandangan luas. Mudah mengalami masalah dalam perhubungan dan
rumah tangga.
Selebriti
yang memiliki nombor kod asas 4 termasuklah Bill Gates, Alex Ferguson dan
Margaret Thatcher.
Individu
Dengan Kod Asas 5
Pro:
Memliki sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba
perkara-perkara baru. Boleh memimpin dan ada karisma. Selalunya akan memegang
jawatan tinggi. Sangat rajin dan selalu fokus terhadap kejayaan masa depan jika
beliau berkeinginan untuk mencapai kejayaan tersebut. Berfikiran realistik,
tegas, berkesedaran tinggi dan tidak suka berangan-angan. Tidak mudah melakukan
satu-satu perkara yang sama, perlukan kepelbagaian dan mudah asyik dengan
satu-satu perkara yang dilakukan.
Kontra:
Keras kepala, tidak boleh dihalang sekiranya ingin melakukan sesuatu perkara.
Mudah cerewet biarpun dengan hal-hal kecil. Tidak mudah bertenang dan sentiasa
sibuk bekerja. Kurang teliti dalam menyempurnakan satu-satu kerja.
Contoh
selebriti yang memiliki nombor kod asas 5 termasuklah Britney Spears, Ronaldo,
Abraham Lincoln dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Ciri-ciri
Peribadi Individu Dengan Nombor Kod Asas 6
Pro:
Nombor 6 dikatakan sebagai nombor untuk terus hidup atau wujud. Mempunyai
perjuangan dalam kehidupan. Individu dengan nombor 6 merupakan seorang yang
sangat bersopan, berbudi bahasa dan selalunya memiliki citarasa yang tinggi
dalam kehidupannya. Individu dengan nombor kod asas 6 juga mudah hidup senang
atau mewah dan pada masa yang sama juga merupakan seseorang yang mengawal harta
benda dan kekayaan.
Individu
dengan nombor 6 akan berjaya dalam karier dalam bidang pendidikan, bidang seni
dan bidang keagamaan. Individu dengan nombor 6 akan mejadi popular dalam
masyarakat. Individu dengan nombor 6 juga sangat mengambil berat dan menjaga
kebajikan orang-orang bawahannya. Suka membantu orang lain. Selalu menjadi
pendamai.
Kontra:
Individu dengan nombor 6 suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah.
Seorang yang perfectionist dan mahukan kesempurnaan dalam melakukan sesuatu
perkara. Patuh terhadap kata-kata orang atasan dan tidak mudah menerima cakap
atau arahan daripada orang-orang lain yang bukan ketuanya. Melakukan sesuatu
adakalanya disebabkan ada kepentingan dalam hasil kerja tersebut yang
diperlukan untuk menyempurnakan sesuatu perkara yang lain.
Selebriti
yang memiliki nombor kod asas 6 termasuklah Luis Felipe Scolari (pengurus
pasukan bola sepak Chelsea), Rafa Benitez (pengurus pasukan bola sepak
Liverpool), Warren Buffett (pakar kewangan dunia) dan Albert Einstein (genius
dalam bidang Matematik dan Fizik).
Keperibadian
Individu dengan Nombor Kod Asas 7
Pro:
Memiliki kemahiran yang sangat tinggi dan sangat teliti apabila mengendalikan
sesuatu perkara. Individu dengan nombor kod asas 7 tidak akan lupa kepada orang
yang pernah menolongnya. Seorang yang sangat-sangat menghargai dan suka
berterima kasih. Individu ini ghairah dengan cinta dan seks. Seorang pemikir.
Suka kedamaian dan ketenangan. Menarik perhatian orang ramai. Suka menjadi
perhatian ramai atau melakukan perkara-perkara yang boleh menonjolkan dirinya
di khayalak ramai. Suka mengejar kemasyhuran, populariti dan tuah.
Kontra:
Pandai memutarbelit kata-katanya. Suka berlawan cakap. Tidak tetap pemikiran
atau pendirian. Mudah mengubah keputusan. Tidak tegas. Sangat suka berahsia dan
sikap seperti ini selalunya menyebabkan dirinya dipandang negatif. Tidak
menghargai erti persahabatan sejati atau persaudaraan yang sebenar. Sering
menganggap semua orang adalah sama. Mendekati orang-orang tertentu kerana ada
kepentingan terhadap diri sendiri. Boleh bertindak kejam jika mood tidak baik.
Mudah berasa tertekan. Suka menyendiri dan akan mencari kawan apabila ada
keperluan. Cerewet. Sensitif dengan persekitaran.
Selebriti
yang memiliki nombor kod asas 7 termasuklah Frank Lampard (pemain bola sepak
Chelsea), Saddam Hussein, Mawi dan Michael Jackson.
Sikap
Individu Dengan Nombor Kod Asas 8
Pro:
Selalunya lebih aktif di kalangan kawan-kawan, dan ini menyebabkan individu
dengan nombor kod asas 8 mudah terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif.
Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Boleh
menyelesaikan masalah. Tidak akan mempermain-mainkan orang lain.
Kontra:
Kadangkala tidak jelas dengan apa yang hendak atau sedang dilakukan. Matlamat
kabur. Nampak kuat secara luaran tetapi sebenarnya berhati sensitif. Sangat
berhati-hati dan percaya kepada pandangan diri. Mudah kehilangan peluang.
Sekiranya terjerat dengan perkara-perkara tidak berfaedah dan membuang masa
seperti hiburan, individu dengan nombor kod asas 8 mudah jatuh ke jurang
kegagalan.
Selebriti
yang memiliki nombor kod asas 8 termasuklah Osama Laden dan Steven Gerrad
(pemain bola sepak Liverpool).
Individu
dengan Kod Asas 9
Pro:
Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka kelihatan cantik. Sangat
beradab. Pintar, peka dan sensitif. Berkebolehan untuk bersikap offensive dan
defensive. Pandai dalam memenangi hati orang lain. Berkebolehan untuk
menghiburkan orang lain. Mempunyai daya tarikan sebagai penghibur. Boleh
berkawan dengan sesiapa sahaja. Melakukan kerja dengan cepat tetapi tidaklah
secara terperinci atau khusus. Fleksibel terhadap persekitaran.
Kontra:
Tidak mengambil berat terhadap orang bawahan. Bersikap emosional. Pada mulanya
memiliki ramai kawan, dan kemudian berkemungkinan besar akan kehilangan kawan
satu demi satu sehingga menjadi seorang yang kesunyian. Mudah berubah-ubah
sikap dan sukar difahami. Mudah mengikut perasaan, kadangkala gembira,
kadangkala tertekan dan sebagainya. Mudah berputus asa apabila menghadapi
cabaran yang sukar.
Selebriti
yang memiliki nombor kod asas 9 termasuklah Harrison Ford, Elvis Presley,
Suharto dan Megawati Sukarno.
PENUTUP
Ilmu
seperti ini boleh membantu merangsang atau memotivasikan individu melalui
perbandingan sifat-sifat positif dan negatif yang sedia ada pada individu
berkenaan.
Sebagai
langkah awal muhasabah dan mengenal diri, teknik rahsia tarikh lahir ini boleh
dibuat sandaran.
Meskipun
begitu, jangan terlalu taksub pada bacaan yang negatif tapi jadikanlah ia satu
insentif untuk kita berubah menjadi insan yang lebih baik dan berguna.
Terima
kasih.
kredit from :
http://perunding-jodoh.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment